Friday, February 1, 2013

Tips penting untuk memiliki rambut yang sihat

Meskipun kita ni kaum wanita bertudung, akan tetapi kita tidak lari daripada tanggungjawab untuk menjaga rambut kita agar dapat kita memiliki rambut yang sihat lagi menawan (apa ke hal guna bahasa baku pulak ni) adoyai~

Rambut yang sihat dan menawan itu penting untuk menambat hati para suami, kadangkala dengan alunan rambut yang lembut, wangi dan berkilat mampu merangsang para suami (hehehe tips memikat suami la plak)
rambut begini kan pasti suami tertambat kih3~

Untuk penjagaan rambut yang sihat, di sini eden ado bowi sedikit tips haa...ekau mesti cube taw..(awat tiba2 duk kuar loghat nogori ni)..hmm

1. Syampu rambut anda setiap hari bagi yang jenis aktif, hal ini kerana apabila kita aktif sistem perkumuhan kita meningkat sekaligus liang-liang roma di kulit kepala mengeluarkan lebih banyak minyak dan toxin. Hal ini menyebabkan rambut kita akan berminyak, berpeluh dan cepat berbau. Oleh itu, seeloknya syampu rambut anda setiap hari dan gunakan syampu untuk kegunaan harian.

2. Gunakan syampu yang bersesuaian dengan kondisi rambut anda taw. jangan main hentam keromo je. Sat lagi rambut yang sedia nak cantik terus jadi luruh ( alamat botak la kau..haha). Jika jenis berkelemumur, pilih yang anti dandruff, kalau rambut yang kering gunakan yang jenis pelembapan tinggi.

3. Elakkan daripada selalu tukar2 produk rambut. Hal ini akan membuatkan kulit kepala kita jadi pening untuk menyesuaikan sesuatu produk, last2 die naik fed up terus bagi rosak rambut korang..hehe

4. Ketika bersyampu pastikan urut kulit kepala supaya pelancaran darah bagi menghasilkan rambut yang sihat. Rambut yang sihat hasilnya daripada kesihatan kulit kepala

5.Untuk penjagaan extra, anda juga boleh kenakan tonik rambut yang tinggi dengan kandungan amino acid, vitamin dan minyak ekstra. Hal ini kerana rambut kita memerlukan kandungan amino acid untuk menghasil keratin rambut yang sihat dan kuat. Oleh itu, rambut kita akan kurang gugur. dan minyak ekstra meningkatkan kadar kelembapan rambut. Selain itu, dengan kandungan amino acid dan vitamin dan merangsang kepala kita untuk menghasilkan lebih banyak rambut sekali gus dapat melebatkan rambut kita.
Tonik yang saya suka pakai ni----------->

seriusly suka pakai tonik ini sebab bau die yang wangi bau buah lemon, rambut pun makin lebat


6. Setelah selesai syampu pastikan dibilas dengan air bersih, pastikan bilas sebetul-betulnya untuk mengelakkan saki baki buih yang mungkin akan merosakkan rambut kita

7. Gunakan perapi rambut supaya rambut akan lebih terurus, lembut dan sentiasa kelihatan segar

8. Elakkan penggunaan pengering rambut. Hal ini kerana haba daripada pengering rambut akan merosakan rambut dan menyebabkan rambut menjadi kering dan mengerbang. Oleh itu, biarla kering secara natural, hanya lurutkan pakai tuala dan elak daripada mengosok terlalu kuat dan nutrisi rambut akan kekal.

9. Pastikan anda minum air mineral secukupnya, paling kurang 8 gelas sehari.

10. Tidak perlu lagi makan produk vitamin atau mineral extra sebab dalam tonik rambut tersebut telah terdapat vitamin yang mencukupi untuk rambut kita. Direct terus ke kulit kepala.

berminat dengan tonik rambut yang kaya dengan kandungan herba semulajadi, dijamin 100% halal dan tiada pengunaan bahan kimia.
HARGANYA SANGAT BERPATUTAN~!!! RAMAI TELAH MENCUBANYA

boleh sms saya di 0123493693 atau emel di farah5024@gmail.com
boleh juga pm saya di FB atau tinggalkan komen di bawah.

1 comment:

  1. betul kan..rambut tu mahkota kita..even bertudung..rambut mesti dijaga
    follow sini...jemput ke blog

    http://umikasum.blogspot.com/

    ReplyDelete